Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 08 September, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-08T01:55:56

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 08 September, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 08 September, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY telah menembusi garisan rintangan condong lebih awal sekaligus mencatatkan tahap tinggi pada 138.30. Pasangan mata wang ini didapati telah jatuh kembali pada rintangan yang mana ia kini telah bertukar menjadi garisan sokongan dan ia kelihatan seolah-olah akan diuji sekali lagi di sekitar tahap 136.00/10. Pembalikan aliran menaik pada tahap ini masih berpotensi sekaligus melanjutkan kenaikkan harga ke arah tahap 139.30 dan 139.90, sekurang-kurangnya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dan juga memerhatikan peluang untuk memulakan kedudukan membeli baru pada tahap semasa. 


2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini didapati terletak di tahap 136.00/135.80 (interim) dan diikuti oleh tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak di tahap 139.30, diikuti oleh tahap 140.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.


3. Struktur ini menunjukkan bahawa aliran harga bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini berkemungkinan akan diterbalikkan daripada tahap harga semasa (136.10) ke arah tahap 140.00 untuk sesi dagangan yang seterusnya.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss dibawah tahap 135.80, dan sasaran di tahap 140.00.

Semoga berjaya!


Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...