EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah didagangkan dalam aliran penurunan harga yang ketara minggu lalu. Aliran harga ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melanjutkan dagangan dalam aliran menurun minggu ini, walau bagaimanapun kemungkinan untuk aliran menaik juga tidak boleh diketepikan. Percubaan aliran menaik berpotensi untuk mendorong harga mencapai garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3050 dan 1.3100 secara berturut-turut.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah melanjutkan aliran menaik, meskipun terdapat penarikan semula harga yang kecil dalam carta pada hari Jumaat, 5 September, 2014 Harga ditutup pada tahap 0.9310, dan ia dijangkakan akan bergerak naik lebih tinggi pada minggu ini. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk menembusi bekalan yang terletak pada tahap 0.9350.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini juga menjunam dengan ketara minggu lalu - dalam hubung kait yang positif dengan pasangan EUR/USD. Pasangan mata wang ini diramalkan akan melanjutkan aliran menurun pada minggu ini, membawa harga menuju ke arah wilayah pengumpulan yang terletak di tahap 1.6250. Sementara itu, wilayah pengedaran yang berada pada tahap 1.6400 dan 1.6450 harus bertindak sebagai halangan kepada aliran menaik.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini sentiasa cuba untuk membuat usaha menaik sejak kebelakangan ini, dengan ukuran kejayaan. Sebagaimana pasangan mata wang digunakan dalam analisis ini memberikan isyarat 'membeli' pada 11 Ogos 2014, harga telah melonjak naik kira-kira 300 pips. Aliran harga ini mungkin masih belum berakhir, untuk harga menguji tahap bekalan yang terletak pada 106.00 minggu ini.

EUR/JPY: Jualan besar-besaran yang berlaku ke atas pasangan mata wang ini telah menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan Harga di dalam carta minggu lalu. Aliran penurunan harga ini berpotensi untuk membawa harga bergerak menuju ke arah permintaan yang terletak pada tahap 135.50 dan 135.00. Walau bagaimanapun, ia akan mendorong harga untuk terus melemah bagi EUR untuk menyelesaikannya. Sekiranya EUR pulih daripada aliran menurun buat masa sekarang, aliran harga berkemungkinan berubah.
