Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Sep, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-08T14:23:21

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Sep, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Sep, 2014

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Paun sterling menjunam ekoran daripada kebimbangan terhadap prospek peningkatan kemerdekaan Scotland selepas satu kaji selidik YouGov pada hari Sabtu menunjukkan 47% daripada responden berkata "ya" untuk kemerdekaan, manakala 45% berkata "tidak" - penyokong awal kemerdekaan Scotland telah mengambil langkah ke hadapan sejak kempen referendum bermula. Penganalisis berkata undian untuk kemerdekaan Scotland pada 18 September berkemungkinan akan memberikan impak yang serius untuk kedua-dua ekonomi Scotland dan UK, berkemungkinan untuk menyebabkan huru-hara dalam pasaran kewangan kerana ia membawa kepada isu-isu yang tidak menentu termasuk mata wang, cukai dan peraturan perdagangan dan kelemahan pasangan USD/JPY serta jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dihadkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 169.25; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 168.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 170.90. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 171.75 dan sasaran kedua pada tahap 172.35.

Tahap Rintangan:
171.75
172.35
172.75

Tahap Sokongan:

169.25
168.55
168.15

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...