EUR/USD: Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam aliran menurun walaupun terdapat percubaan menaik yang kecil boleh diperhatikan dalam carta. Garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3000 dan 1.3050 berpotensi menjadi rintangan untuk percubaan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi. Harga boleh pergi ke tahap lebih rendah lagi - dengan itu aliran pasaran akan beralih daripada menjadi peluang jualan singkat kepada aliran menurun. Sekiranya ini berlaku, maka harga berkemungkinan akan sampai ke garisan sokongan yang terletak di tahap 1.2850.

USD/CHF: Kecenderungan dominan bagi pasangan USD/CHF ini masih lagi aliran menaik. Walaupun terdapat penarikan semula harga yang perlahan, harga masih berpotensi untuk bergerak naik, mencapai rintangan di tahap 0.9400. Spekulasi penurunan harga yang selanjutnya dijangkakan akan melalui pada tahap 0.9300 dan 0.9250; sesuatu yang akan memberikan faedah kepada aliran menaik.

GBP/USD:Selepas menguji wilayah harga di tahap 1.6100, pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun, telah mengukuh. Apakah tindakan harga yang seterusnya? Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan didagangkan dalam aliran menurun, yang berpotensi untuk membawa pasaran untuk wilayah pengumpulan di tahap 1.6000. Perdagangan membeli bagi pasangan mata wang ini masih belum disyorkan.

USD/JPY: Bagi pasangan mata wang ini, isyarat pasaran masih menyatakan pesanan membeli. Harga kelihatan berada jauh di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di atas tahap 50. Melainkan harga melintasi EMA 56 untuk aliran menurun dan tempoh RSI 14 menembusi tahap 50 juga untuk aliran menurun, ia akan menjadi sesuatu yang tidak logik untuk para pedagang mengambil pesanan menjual bagi pasaran ini. Pasaran berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi, mencapai sasaran seterusnya di tahap bekalan 106.50.

EUR/JPY: Aliran penurunan harga seterusnya dalam mata wang yen dan ukuran penentuan aliran menaik euro telah mendorong pasangan mata wang EUR/JPY ini untuk bergerak naik. Aliran menaik yang selanjutnya, terutama di atas zon bekalan pada 137.50, akan menyebabkan Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam carta. Ini juga menandakan kecenderungan menaik yang berterusan.
