Harga emas kekal didagangkan di bawah tahap harga penting pada $ 1,270. Aliran jangka pendek kekal melemah. Gambaran jangka panjang kami kekal berada berhampiran pada tahap $ 1,000. Penembusan harga pada gelombang segi tiga 4 akan menandakan isyarat permulaan pembangunan gelombang 5. Sasaran gelombang 5 terletak di antara harga $ 1,050 dan $ 950.

Harga emas masih di dagangkan dalam aliran menurun. Petunjuk awan Ichimoku terus menunjukkan aliran ke tahap yang lebih rendah. Emas terus bergerak ke tahap yang lebih rendah dan lebih rendah lagi. Rintangan jangka pendek didapati berada di tahap $ 1,270. Hanya sekiranya emas berjaya menembusi di atas tahap itu, maka kita boleh mengatakan bahawa aliran jangka pendek telah berubah. Sehingga itu, saya percaya kita akan dapat melihat penembusan harga pada tahap $1,240 dan lebih rendah.
Carta mingguan di atas menunjukkan penembusan kritikal Emas di bawah dan keluar dari gelombang segitiga 4. Saya mempunyai dua sasaran. Sasaran merah adalah sama dengan saiz gelombang 1 dan sasaran biru adalah sama dengan asas segi tiga. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga emas akan menembusi di antara $ 1,050 dan $ 950 dalam dagangan jangka masa panjang.