Zon harga pada 1.3800-1.3880 (ditandakan pada carta) menyediakan BEKALAN yang besar untuk pasangan EUR/USD.Zon harga ini berjaya untuk menghentikan seketika momentum kenaikkan,memulakan aliran penurunan semasa dalam saluran penurunan yang ditunjukkan.
Beberapa zon kesesakkan diwujudkan sekitar tahap harga pada 1.3515 dan 1.3335 sebelum penurunan seterusnya berlaku.
Semalam,pasangan EUR/USD menunjukkan pemulihan kenaikkan sekitar tahap harga pada 1.2860. Turutan cartalilin menaik harian hammer kini sedang dinyatakan di sekitar tahap harga ini.
Pasangan mata wang ini kelihatan sedang menguji had saluran yang lebih rendah sebagaimana yang telah digambarkan. Pasangan ini berisiko tinggi di mana pembalikan aliran menaik diramalkan akan bermula pada masa ini.
Aliran penurunan jangka masa pendek kekal kukuh selagi penurunan kekal melindungi zon harga pada 1.3310-1.3400. Pemulihan kenaikkan semasa diperhatikan pada carta.Kemungkinan corak Head and Shoulder sedang diwujudkan dengan sasaran unjuran terletak pada 1.3075.
Penetapan empat jam atas 1.2985-1.3000 (neckline pada corak pembalikkan) adalah perlu untuk mendapatkan momentum yang cukup bagi memulakan pergerakkan pembetulan menaik ke arah 1.3100 dan 1.3150.
Destinasi kenaikkan yang hampir adalah terletak pada 1.3180 dimana had atas pada saluran penurunan yang berlangsung dan 38.2% tahap Fibonacci terletak. Kemasukkan JUALAN yang baik boleh dilakukan disini.
Aliran penurunan harga jangka sederhana semasa masih lagi sah selagi aliran menurun berjaya mempertahankan zon harga yang terletak di tahap 1.3170-1.3270 (zon harga di antara 38.2% dan 50% tahap Fibonacci).
Sebaliknya, penurunan harga di bawah tahap 1.2855 akan membatalkan corak pembalikan aliran menurun seperti yang dinyatakan. Oleh itu, aliran penurunan ke arah tahap 1.2745 adalah harus diramalkan.