Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan didagangkan stabil dengan kecenderungan aliran menurun selepas harga mencecah tahap rendah tujuh bulan 0.8158 pada hari Khamis. Sentimen NZD melemah selepas Bank Rizab Bank of New Zealand menurunkan unjuran bagi bil 90-bank kepada 4.0% pada Suku Kedua 2015 berbanding unjuran 4.5% dalam Penyata Bulan Jun, dan dimaklumkan bahawa tahap kadar pertukaran NZD semasa kekal tidak wajar dan tidak mapan. Kadar harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga dipengaruhi oleh faedah perbezaan NZD-USD yang mengecil dan harga tenusu yang melemah. Tetapi kerugian bagi pasangan NZD/USD didorong oleh permintaan maat wang Dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah dan pengambilan untung pada kedudukan menjual NZD sebagaimana peserta pasaran mengurangkan pendedahan risiko sebelum hujung minggu.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, stokastik kekal berada dibawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8120; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8075. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8225. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8265 dan sasaran kedua pada tahap 0.8305.
Tahap Rintangan:
0.8265
0.8305
0.8345
Tahap Sokongan:
0.8120
0.8175
0.8135