
Huraian:
Sepertimana yang ditunjukkan pada carta 4H hari ini, perak dilihat telah gagal untuk menemebusi sokongan yang terletak pada tahap 18.30 untuk membolehkan ia melantun semula dan didagangkan diantara tahap Sokongan dan di bawah tahap rintangan 18.50, dan kini, harga dilihat sedang melantun daripada tahap Sokongan dan memulakan aliran menaik. Oleh itu, kita masih mencadangkan kepada para pedagang untuk terus menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan 18.50 untuk memberikan kita peluang baru untuk isyarat membeli yang selanjutnya dengan sasaran pertama terletak hanya beberapa pips di bawah tahap rintangan 18.75, kemudian setelah berjaya menembusi pada tahap rintangan ini, perak diramalkan akan membuka jalan menuju ke arah rintangan yang terletak pada tahap 19.00, yang mana ini menandakan bahawa akan terdapat isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya, walau bagaimanapun selagi perak masih didagagngkan di bawah tahap rintangan 18.50, maka ia akan membatalkan senario aliran menaik.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (19.00), R2 (18.75), R1 (18.50), S1 (18.30), S2 (18.00), S3(17.75)