
Pound telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sewakti penutupan dagangan semalam apabila pasangan menutup di atas 20Dsma. Pada sesi dagangan hari ini, mata wang Pound dilihat telah menembusi sokongan 20Dsma dan sekali lagi bergerak ke tahap yang lebih tinggi, mencecah garisan aliran menurun 2 bulan. Pasangan mata wang ini juga telah membentuk segi tiga, dan baru sahaja menembusi diatas tahap tersebut, penutupan harian di atas penghujung atas segitiga akan mendorong pasangan ini untuk melanjutkan aliran menaik dalam tempoh terdekat. Hari ini, pada masa ini, Pound telah merekodkan tahap tinggi pada 1.6460 dan sedang didagangkan pada tahap 1.6422. Pasangan mata wang ini mempunyai rintangan yang terletak diantara tahap 1.6586-1.6590. Penutupan mingguan di atas tahap ini akan mendorong pasagan untuk terus meningkat dalam dagangan jangka masa pendek. Untuk aliran menurun, ia mempunyai sokongan di tahap 1.6380.
Sokongan 1.6380 1.6245 1.6160
Rintangan 1.6440 1.6590 1.6625

Bagi gambaran urusniaga harian, harga telah didagangkan di atas 12ema dan 35DEMA, menyatakan kenaikkan harga yang selanjutnya. Sepertimana yang telah kami syorkan dalam artikel-artikel sebelum ini, sasaran menaik kami yang terletak ditahap 1.6380 telah selesai di atas tahap 1.6280. Mata wang Pound melonjak 200 pips daripada tahap pembelian. Sokongan setiap jam dan urusniaga harian berada pada tahap 1.6390, 1.6347 dan 1.6325.