Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Sep, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-19T15:31:27

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Sep, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 Sep, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan stabil dalam julat harga yang lebih tinggi selepas mencecah tahap tinggi satu tahun tinggi 0.9433 pada hari Khamis. Pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh sentimen dolar yang melemah, permintaan franc pada pada pasangan CHF/JPY dan franc sewaktu pasangan mata wang EUR/CHF melemah selepas Bank Negara Swiss memutuskan untuk mengekalkan kadar sasaran LIBOR 3-bulan tidak berubah pada 0.0% -0.25% pada hari Khamis dan mengekalkan had mata wangnya 1.2 franc satu euro seperti yang dijangkakan. Dagangan pasangan mata wang USD/CHF ini juga dipengaruhi oleh pengambilan untung pada kedudukan membeli-USD sebagaimana peserta pasaran mengurangkan pendedahan risiko sebelum hujung minggu. Walau bagaimanapun, sentimen CHF telah terjejas ekoran daripada penurunan dalam lebihan dagangan Switzerland untuk CHF1.39 bilion pada bulan Ogos berbanding CHF3.9 bilion pada bulan Julai.

Komen Teknikal :
Carta harian kelihatan memihak kepada aliran menurun sebagaimana cartalilin harian bercorak 'dark-cloud-cover' telah berakhir pada hari Khamis, Stokastik jatuh dari zon terlebih beli, MACD melintasi turutan penurunan harga berbanding purata pergerakkan eksponen.

Cadangan Perdagangan :

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9435 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9460. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9320. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9295. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9350.

 Tahap Rintangan :
0.9435 
0.9460 
0.9480

Tahap Sokongan :

0.9320
0.9295
0.9270

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...