
Cadangan Perdagangan :
Carta Masa : Harian.
- Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih terperangkap di antara tahap 0.8133 dan 0.8010 dalam dagangan jangka masa panjang.
- Pesanan membeli di atas tahap 0.7990 (23.6% daripada tahap anjakan Fibonacci) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.8070, harga berkemungkinan akan meneruskan aliran menuju ke arah tahap 0.8150 dan harga akan membentuk tahap tinggi baru pada tahap ini. Tahap 0.8150 akan mewakili rintangan yang kuat untuk hari ini.
- Di bawah tahap 0.8150, perhatikan aliran penurunan harga yang selanjutnya dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 0.8055 dan 0.7990.

Kajian:
- Perlu diingatkan bahawa pasaran kini agak stabil dan aliran menurun juga kelihatan jelas.
- Menjangkakan julat 160 pips sebagaimana aliran harga menurun dari tahap 0.8150.
- Tahap sokongan yang kuat akan terbentuk pada harga 0.7990.
- Nilai 38.2% tahap Penarikan Semula telah ditetapkan pada tahap 0.8151. Oleh yang demikian, nisbah 38.2% akan bertindak sebagai tahap rintangan utama. Lebih-lebih lagi, ia adalah tahap utama untuk mengesahkan pasaran menurun.