
Huraian
Merujuk pada carta 4H, pasangan mata wang ini didapati telah menemui kegagalan lebih daripada sekali dalam usaha untuk sokongan yang terletak ditahap 178.00 dan ia masih didagangkan di atas tahap itu sejak semalam. Pada carta 4H hari ini, pasangan mata wang ini dilihat telah melantun dari tahap sokongan sekali lagi dan memulakan pergerakkan sedikit menaik menghampiri ritangan pada tahap 179.00. Pada masa ini, saya lebih gemar menasihatkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan ini sebelum mengambil sebarang keputusan dan sekiranya kita menerima isyarat aliran menaik yang selanjutnya, maka sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan seterusnya iaitu pada 179.80 dan kemudian tahap 180.50 sebagai sasaran kedua. Walau bagaimanapun, penutupan hari ini di bawah tahap rintangan 179.00 akan membatalkan senario pergerakkan menaik.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (181.00), R2(180.50), R1(179.80), S1 (178.00), S2 (177.30), S3(176.50).