Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di atas tahap rintagan 85.18, kerana sasaran seterusnya bagi pasangan ini terletak pada tahap 86.20. Walau bagaimanapun, jika USDX membuat penarikan semula harga pada tahap semasa, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap sokongan 84.29 dalam dagangan jangka masa sederhana. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan 85.06, di mana garisan aliran menaik berada. Jika USDX membuat lantunan semula harga di atas tahap harga semasa, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 86.55. Petunjuk MACD berada didalam wilayah positif.

Carta 1H: Indeks USDX mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 85.49 dan kini, instrumen dilihat sedang cuba untuk jatuh ke tahap sokongan pada 85.03. Walau bagaimanapun, USDX berkemungkinan akan menembusi sekali lagi pada rintangan yang terletak ditahap 85.27 dan kemudianya meneruskan aliran menaik menuju ke arah tahap 85.49. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 85.27, take profit di tahap 85.49, dan stop loss pada tahap 85.03.