
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan mengukuh selepas mencecah tahap tinggi 14 bulan pada tahap 0.9515 hari Khamis. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot Indeks ICE terdahulu 85.19 berbanding 85.06 awal hari Khamis) sebagaimana ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan kelebihan berbanding ekonami negara utama yang lain, penularan daripada kelemahan mata wang EUR pada CHF, dasar monetari dan penjualan mata wang franc oleh Bank Negara Swiss terhadap pasangan CHF/JPY yang melemah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan USD/CHF ini telah dihadkan oleh pelarasan jawatan sebelum hujung minggu dan penurunan yang lebih besar berbanding ramalan iaitu sebanyak 18.2% bagi pesanan barangan tahan lama bulan Ogos (berbanding ramalan -17.5%); kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 2.504% berbanding 2.569% lewat hari Rabu).
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9540 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9565. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9420. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9380. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9455.
Tahap Rintangan:
0.9540
0.9565
0.96
Tahap Sokongan:
0.9420
0.9380
0.9340