Harga emas telah mengekalkan sokongan pada $1,207 pada Jumaat dan melakukan ketinggian rendah pada $1,212.Aliran jangka masa pendek adalah arah tepi dan saya cadangkan untuk kekal neutral sekarang.Gambaran jangka masa panjang saya kekal menurun.Sasaran kekal pada $1,000.Kita perlu untuk menembusi bawah $1,180.Ini akan mengukuhkan lagi senario penurunan kami.

Garisan Biru = sokongan
Garisan Hijau = saluran harga
Harga emas telah diletakkan diatas carta 4 jam dalam aliran penurunan.Harga berada bawah Ichimoku cloud dan masih lagi berada dalam saluran hijau condong yang menurun.Walaubagaimanapun,harga kekal atas sokongan jangka masa pendek pada $1,208.Penembusan bawah tahap sokongan kemungkinan akan menolak harga emas ke arah $1,180.Penembusan atas $1,233 rintangan boleh menolak harga emas ke arah $1,250-60.

Garisan Merah= rintangan
Garisan Biru = sokongan
Dalam carta 30-minit,kita telah melihat tahap tinggi yang rendah pada Jumaat dan ini boleh memberi isyarat pergerakkan ke arah $1,225-30 dimana rintangan dijumpai.Harga emas sedang membentuk segitiga arah tepi selagi ianya didangkan diantara $1,233 dan $1,212.Segitiga sedang menjadi lebih sempit dan kita perlu menjangkakan penembusan tidak lama lagi.Saya kekal neutral dan menunggu untuk penembusan sebelum membuka posisi.Aliran jangka masa panjang kekal menurun,maka kita juga perlu ingat bahawa membuka posisi beli adalah berlawanan dengan aliran besar.