
PMI pembuatan UK mencatatkan bacaan tahap rendah 17 bulan pada 51.6, turun daripada 52.2 pada bulan Ogos. pasangan mata wang ini telah melonjak diantara 1.64 dan 1.6410 dan telah ditolak beberapa kali pada tahap 20Dsma. Dalam sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini didapati telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap fib 80.0 dan sokongan yang selari di tahap 1.6162, tahap rendah yang dicatatkan pada 16 September pada carta harian. Sekiranya harga menembusi di bawah tahap ini, maka adalah diramalkan bahawa harga akan menemui sokongan pada tahap sokongan sebelumnya, iaitu di tahap 1.6052 dan sokongan yang amat penting, pada tahap 1.60 (50Msma), tahap fib 50.0 pada 1.4813-1.7192. Aliran dagangan jangka pendek akan bertukar kepada aliran penurunan harga lengkap. Apabila pasangan ini menutup di bawah tahap 1.60, maka harga berpotensi untuk jatuh sebanyak 150-300 pips dengan mudah.
Sokongan: 1.6162, 1.6050, 1.60.
Rintangan: 1.6260, 1.64-1.6410, 1.6530.

Bagi gambaran urusniaga harian, pasangan ini didapati telah menemui rintangan yang kuat pada garisan aliran menurun 10 hari turun dan pada garisan aliran menurun 2 bulan (2 bulan). Harga bagi pasangan mata wang ini telah ditutup di bawah 12ema dan 34hrsma. Ia merupakan isyarat penurunan harga untuk carta setiap jam dan juga urusniaga harian. Harga dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6162 dan mencari untuk kembali ke tahap rintangan disekitar 12ema. Penjual akan mendapat keuntungan hanya di bawah tahap 1.6162 dan aliran menaik akan berpeluang untuk memperoleh keuntungan hanya di atas tahap 1.6220. Pasangan ini berpotensi untuk melonjak naik di atas 1.62 ke arah tahap 1.6220, 1.6250-1.6260. kedudukabn menjual berpotensi untuk memberikan keuntungan dengan mengambil pesanan menjual (menjual) di bawah tahap 1.6160 ke arah 1.6120, 1.6050 dan 1.61.
Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.6220 dengan menetapkan sasaran masing-masing di tahap 1.6250-1.6260 dan 1.6285.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.6160 \dengan menetapkan sasaran (sasaran ke) tahap1.6120, 1.61, dan 1.6050.