Huraian Umum untuk 02/10/2014 10:40 CET
Gelombang pembetulan c ungu kini dilihat sedang membangunkan sepertimana yang telah kita ramalkan. Walau bagaimanapun, tahap sasaran telah ditembusi dan pasaran telah bergerak sedikit lebih rendah menuju ke arah Fibo 78% pada tahap 136.96. Berdasarkan pada keseluruhan struktur pembetulan, pedagang dapat melihat tiga ukuran panjang yang hampir sama dalam ketiga-tiga kitaran pembetulan yang dilabelkan sebagai WXYXXZ pada keseluruhan gelombang B. Lantunan semula harga A dijangkakan akan berlaku di sini dan perkembangan gelombang impulsif ke tahap yang lebih tinggi adalah diramalkan. Kegagalan harga untuk membangunkan gelombang akan mengalihkan fokus kami ke tahap 136.68 (Fibo 88.8%) dan kemudianya ke garisan ketidaksahihan yang terletak ditahap 135.81.
Sokongan/Rintangan:
135.81 - Tahap Ketidaksahihan Perkiraan Aliran Menaik
136.68 - 88%Fibo
136.96 - 78%Fibo
137.12 - WS2
137.30 - Rintangan Urusniaga Harian
137.73 - WS1
137.94 - Rintangan Urusniaga Harian
138.96 - Pangsi Mingguan
Cadangan Perdagangan:
Day traders harus mempertimbangkan untuk mengambil pesanan membeli daripada tahap harga semasa, dengan menetapkan SL di bawah tahap 136.95 dan TP dibuka sekarang. Ia mungkin akan menjadi tahap yang baik juga untuk memasuki pesanan membeli swing.
