Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 09 Oktober, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-09T08:28:20

Analisis Teknikal Emas untuk 09 Oktober, 2014


Harga emas telah menembusi di atas rintangan jangka pendek selepas ujian terdahulu menembusi saluran penurunan harga dan harga kini dilihat sedang menuju ke arah $ 1,235-40. Aliran jangka pendek adalah menaik meskipun aliran jangka panjang kekal menurun. Pergerakkan aliran kaunter-ini berkemungkinan besar adalah merupakan satu lagi peluang untuk para pedagang mengambil pesanan menjual sebelum harga menembusi di bawah $ 1,180. 


Analisis Teknikal Emas untuk 09 Oktober, 2014

Aliran jangka pendek dalam harga emas terus meningkat. Harga emas kini sedang didagangkan di atas awan Ichimoku seperti yang ditunjukkan dalam carta 30 minit di atas. Petunjuk awan Ichimoku menyatakan kenaikkan harga sepenuhnya dan selagi harga didagangkan di atas tahap sokongan $ 1,204, kita harus menjangkakan kesinambungan aliran menaik. 

Analisis Teknikal Emas untuk 09 Oktober, 2014

Harga emas telah menembusi di atas saluran condong menurun seperti yang ditunjukkan dalam carta 4 jam di atas. Harga pada mulanya telah ditolak pada awan Ichimoku dan menguji semula saluran penurunan harga. Sebaik sahaja harga menembusi sokongan yang terletak pada tahap $ 1,202, harga Emas diramalkan akan melonjak ke tahap yang lebih tinggi di atas awan Ichimoku buat kali pertama sejak 15 Ogos. Penarikan semula harga 38% didapati berada pada tahap $ 1,235 dan ini merupakan sasaran yang berpotensi untuk Emas. Penembusan harga di atas tahap ini mungkin akan mendorong harga emas untuk ke tahap sasaran seterusnya yang paling mungkin pada $ 1,265-70. Pada masa itu, aliran jangka pendek adalah meningkat. Ia akan berubah jika harga jatuh di bawah harga $ 1,204.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...