
Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:
R3: 1.6132
R2: 1.6107
R1: 1.6086
Current spot: 1.6045
S1: 1.6032
S2: 1.6000
S3: 1.5977
Rumusan Teknikal:
Panggilan kami untuk penurunan yang selanjutnya ke arah sokongan yang terletak pada tahap 1.5978 telah terbukti betul. Persoalannya sekarang ialah sama ada sokongan pada tahap 1.5978 akan dapat melindungi aliran penurunan harga bagi memastikan aliran menaik baru atau sokongan ini akan ditembusi untuk pembetulan harga yang lebih dalam ke arah tahap 1.5800? Kami merasakan bahawa sokongan yang terletak pada tahap 1.5978 akan dapat melindungi alrian penurunan harga, tetapi untuk mengesahkan keputusan ini, kita harus melihat kenaikkan harga daripada tahap 1.5978 ke tahap tinggi sebelum ini, iaitu pada tahap 1.6132 untuk mengesahkan ujian harga baru 1.6269 kini sedang berlangsung menuju ke tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya sokongan yang berada pada 1.5978 ini berjaya ditembusi dan yang lebih penting sokongan pada tahap 1.5949 ini ditembusi, maka kita perlu mencari pergerakkan yang lebih dekat dengan 1.5800 sebelum kenaikkan impulsif seterusnya yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika sokongan pada tahap 1.5949 ditembusi, maka kenaikkan harga ke arah tahap 1.6446 tidak boleh menjadi gelombang iii, tetapi perlu menjadi gelombang i daripada darjah yang lebih kecil.
Cadangan Perdagangan:
Kami akan mengambil pesanan membeli semula EUR pada tahap 1.5985 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 1.5940.