Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 09 Oktober 09, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-09T12:52:56

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 09 Oktober 09, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 09 Oktober 09, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan di dalam julat harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah terjejas akibat daripada sentimen negatif dolar (Indeks Spot ICE terdahulu mencatatkan 85.32 berbanding 85.66 awal hari Rabu) dalam minit mesyuarat FOMC yang 'dovish' 16-17 September yang menunjukkan Rizab Persekutuan adalah tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dan bimbang bahawa kekuatan dolar AS baru-baru ini boleh menjejaskan eksport dan pertumbuhan serta meletakkan tekanan ke atas paras rendah inflasi. Pasangan USD/CHF juga dipengaruhi oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 2.318% berbanding 2.341% lewat Selasa) dan permintaan franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh. Bagaimanapun, penurunan bagi pasangan USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada dasar monetari Bank Negara Swiss yang 'dovish'.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik kini telah beralih daripada zon terlebih beli, Daily chart is negative-biased as stochastics is falling from overbought zone, MACD menembusi lintasan penurunan harga terhadap purata pergerakkan eksponen.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9460; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9420. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9550. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.96 dan sasaran kedua pada tahap 0.9650.

Tahap Rintangan:
0.96
0.9650
0.9685

Tahap Sokongan:

0.9460
0.9420
0.9380

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...