Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 14 Oktober 14, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-14T08:33:17

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 14 Oktober 14, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 14 Oktober 14, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah satu bulan pada 106.76 pagi ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif (Indeks Spot ICE terdahulu 85.22 berbanding 85.72 awal hari Isnin) selepas Presiden Bank Rizab Persekutuan Chicago, Charles Evans berkata "Risiko terbesar" kepada ekonomi sekarang adalah apabila bank pusat menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang sepatutnya. Berikutan kenyataan beliau pada hari Sabtu bahawa pengukuhan mata wang dolar yang lebih kuat adalah angin sakal kerana ia akan mengehadkan keupayaan Fed untuk memenuhi mandat inflasi dan akan menghalang pertumbuhan dan komen daripada Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer yang memberi kesan ke atas ekonomi AS yang lebih lemah daripada yang dijangkakan pertumbuhan asing boleh menyebabkan "Fed untuk menghapuskan kemudahan yang lebih perlahan daripada selainnya." Pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh jualan pengeksport Jepun, aliran mata wang 'safe haven' JPY dan penamatan pembiayaan dagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 16.01% kepada 24.64, S&P 500 jatuh 1.65% menutup pada 1,871.74 semalam) sebagaimana peserta pasaran bimbang mengenai penyebaran Ebola dan kebimbangan berterusan ke atas pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar monetari Bank Jepun yang ultra-longgar. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia akhirnya akan berada di dalam zon terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah MA 15 hari dan menurun.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, meskipun pasangan akhirnya akan berada diwilayan terlebih jual, purata pergerakkan kini berada dibawah MA 15 Hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 106.75; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 106.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 107.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 108.20 dan sasaran kedua pada tahap 108.50.

Tahap Rintangan:
108.20
108.50
108.80

Tahap Sokongan:
106.75
106.50
106.25

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...