

Huraian:
Berdasarkan pada analisis terakhir kami, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran mendatar disekitar harga 1.6100. Bagaimanapun, kita dapat lihat penolakan harga yang kuat dari tahap rintangan yang terletak pada harga 1.6230. Saya telah menetapkan lanjutan Fibonacci daripada kebanyakan perubahan baru-baru ini untuk mencari tahap sokongan. Saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 61.8% terletak pada harga 1.5980. SEkiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.5980 (lanjutan Fibonacci 61.8%), maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menguji pada tahap 1.5810 (lanjutan Fibonacci 100%). Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa ingin mengambil pesanan membeli dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi selepas penarikan semula harga. Menurut pada carta harian, kami mendapati bahawa permintaan melemah dalam jumlah yang tinggi.
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6168
R2: 1.6206
R3: 1.6267
Tahap Sokongan:
S1: 1.6046
S2: 1.6008
S3: 1.5947
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa ingin mengambil pesanan membeli pasangan EUR/NZD sebagaimana kita berkemungkinan akan dapat melihat kesinambungan aliran penurunan harga jangka pendek.