Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 23 Oktober, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-22T22:59:02

Analisis Teknikal Emas untuk 23 Oktober, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 23 Oktober, 2014

Logam kuning jatuh kembali dari tahap tinggi 6-minggu, dan harga telah ditutup di bawah 50Dsma. Semasa sesi dagangan semalam, emas telah menjunam jatuh ekoran daripada data inflasi yang kuat di Amerika Syarikat. Emas jatuh di bawah garisan aliran menaik 2 minggu dan ditutup di bawah tahap tersebut. Berdasarkan pada carta harian, kita dapat memerhatikan kesinambungan tahap tinggi pada $ 1,249.50. Logam ini mempunyai sokongan yang tereltak di tahap $ 1,238.90 dan $ 1,237.40. Hari ini, logam telah memualakn dagangan dengan aliran menaik yang kecil, dibuka lebih rendah pada tahap $ 1,240.90. Untuk aliran menaik yang lebih tinggi, komoditi ini mempunyai rintangan yang terletak di tahap $ 1,245 dan $ 50Dsma 1,249.50. Stokastik dalam carta harian menunjukkan isyarat menjual. Merujuk pada carta 4H pula, kita boleh melihat corak rendah yang lebih tinggi dan corak tinggi yang lebih tinggi. Logam ini telah jatuh sepenuhnya di bawah harga $ 1,231.40, yang terbaru rendah yang lebih tinggi. Bagi pandangan per jam, paras halangan awal adalah $ 1,242.50 34hrsma, di atas tahap ini, $ 1,246.00 dan $ 1,249.50. Kita boleh menjangkakan kenaikkan harga yang kuat hanya akan berlaku di atas tahap $ 1,250. Sementara itu, $ 1,239.50 akan bertindak sebagai tahap sokongan, di bawah tahap ini, $ 1,237- $ 1,236 adalah harapan terakhir untuk aliran kenaikkan harga. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah harga $ 1,236, dengan menetapkan sasaran pada harga $ 1,231.50 dan panik di bawah $ 1,231.00.


Dagangan -

Belian selamat diatas tahap $1,250.00

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...