

Huraian:
Dalam analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga kini dilihat sedang menguji tahap 1.6198 pada jumlah ultra tinggi (pesanan membeli klimaks). Harga dilihat telah ditolak dari tahap 1.5910 (ayunan tinggi seperti sokongan), mendorong harga untuk memulakan pergerakkan menaik. Berdasarkan pada carta masa 4H, kita dapat melihat permintaan yang kuat pada tahap yang terdahulu, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat kesinambungan aliran menaik bagi pasangan ini dan pasangan EUR/NZD ini kelihatan berisiko untuk pesanan menjual. Harga berkemungkinan akan bergerak lebih tinggi untuk mencecah pada tahap 1.6240 (Penarikan semula Fibonacci 61.8%). Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ingin mengambil pesanan menjual EUR/NZD sebagaimana kita dapat memerhatikan lanjutan aliran menaik. Bagaimanapun, saya telah menempatkan penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap sokongan dan penarikan semula Fibonacci 38.2% berada pada harga 1.6090 dan penarikan semula Fibonacci 61.8% pada harga 1.6015. Perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas penarikan semula harga.
Tahap Pangsi Harian Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6202
R2: 1.6263
R3: 1.6361
Tahap Sokongan:
S1: 1.6007
S2: 1.5946
S3: 1.5849
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan menjual pasangan EUR/NZD sebagaimana tahap rintangan telah ditembusi.