Emas sedang didagangkan pada arah tepi dan telah membentuk corak flag penurunan.Aksi arah tepi ini diikuti penurunan yang mendadak daripada $1,225 adalah bukan merupakan isyarat menaik yang menggalakan.Seperti yang saya telah katakan beberapa minggu lepas,aliran jangka masa yang lebih panjang kekal menurun dan memandangkan lantunan daripada $1,180,kita perlu mengambil kira lantunan ini hanya sebagai lantunan pembetulan dan tekanan jualan tersebut perlu bersambung tidak lama lagi.

Penembusan bawah $1,225 rendah akan mengesahkan pengakhiran pada pergerakkan pembetulan arah tepi dan memulakan pergerakkan penurunan yang baru ke arah $1,190-$1,180.Lantunan kenaikkan daripada $1,180 mempunyai kemungkinan yang paling banyak selesai pada $1,255 dan seperti yang saya katakan dalam paparan sebelumnya,saya lebih mengunjurkan untuk melihat peluang jualan sebagai sasaran jangka masa panjang kami kekal pada $1,050.

Dalam carta 4-jam,kita boleh perhatikan bahawa harga masih lagi didalam Ichimoku cloud dan sokongan ini masih lagi bertahan.Penembusan bawah $1,225 akan menolak harga Emas keluar daripada kawasan sokongan dan akan menjadi isyarat untuk jual.Rintangan dijumpai pada $1,240 dan sebarang lantunan perlu menjumpai rintangan yang kuat dan ramai penjual pada tahap tersebut.