Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Oktober, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-27T15:28:04

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini disokong oleh dana pembiayan perdagangan yen di tengah-tengah minat risiko pelabur yang positif (tolok ketakutan VIX susut 2.54% kepada 16.11) sebagaimana saham AS meningkat pada hari Jumaat (S&P 500 ditutup naik 0.71% pada 1,964.58) di tengah-tengah penurunan kebimbangan mengenai kelewatan pertumbuhan global setelah laporan KDNK dan perkilangan China mencatatkan bacaan yang lebih baik, dan harapan baru untuk kemudahan dasar bank pusat - Data CPI AS menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah selepas berakhirnya program pembelian obligasi. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun; perlonggaran dasar monetari ultra oleh Bank Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini  sedang diganggu oleh penjualan eksport Jepun dan para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati menjelang keputusan kewangan Fed pada hari Rabu.

Ulasan Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana stokastik adalah aliran kenaikkan harga, MACD telah melintasi aliran menaik berbanding purata pergerakkan eksponen, purata pergerakkan lima hari berada di atas MA 15 hari dan kini terus meningkat.


Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 108.35 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 108.75. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 107.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 107.05. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 107.55.

Tahap Rintangan:
108.35
108.75
109

Tahap Sokongan:
107.35
107.05
106.75

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...