Data AS yang melemah memberikan kekuatan yang cukup untuk pasangan menutup di atas 20Dsma. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan menghampiri garisan aliran menurun 4 bulan. Berdasarkan pada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat corak kecil h&s. Penutupan hari ini akan menyediakan hala tuju yang jelas dalam tempoh terdekat dan jangka masa pendek. Menjelang mesyuarat dasar kewangan Rizab Persekutuan AS, dengan harapan yang sangat tinggi bahawa bank pusat akan menamatkan program pelonggaran kuantitatif. Carta harian menutup di atas neckline, kita dapat melihat kenaikan harga yang mendadak sebanyak 310 pips dalam tempoh terdekat dan juga dagangan jangka masa pendek. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.6000. Corak perdagangan kini berada disekitar tahap 1.6000 dan 1.6200. Bagi gambaran urusniaga harian, harga telah menutup dan ia kini sedang didagangkan di atas purata pergerakkan setiap jam utama. Pasangan mata wang ini didapati mempunyai sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 1.6100 dan 1.6090. Di bawah tahap 1.6090, tahap penentu aliran harga utama akan berada pada harga 1.6070. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.6070 untuk mensasarkan ke arah tahap 1.6000, di bawah ini, panik akan kelihatan. Safe traders boleh mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.6200.
