Harga emas sedang menembusi bawah tahap sokongan dan aliran penurunan bersambung selepas lantunan yang kuat daripada $1,180 kepada $1,255.Gambaran jangka masa panjang kami kekal menurun mensasarkan $1,050.Aliran jangka masa pendek telah berubah kepada penurunan juga.

Seperti yang kita dapat lihat dalam carta 4-jam diatas,harga Emas telah pun ditembusi dan bawah sokongan Ichimoku cloud dan ini mengesahkan bahawa aliran penurunan jangka masa pendek telah berubah kepada menurun.Dalam usaha untuk aliran jangka masa pendek untuk berubah kepada menaik semula,harga Emas perlu untuk menembusi $1,237 yang merupakan rintangan cloud dan Kijun-sen.Apabila cloud bertukar kepada merah,ini mengesahkan aliran penurunan yang kami ada ketika ini.Lantunan ke arah $1,235-57 adalah tidak mengejutkan untuk penurunan,tetapi penembusan atas tahap ini kemungkinan akan berlaku.Apa pun,penolakkan dan penutupan harian bawah $1,237 terus untuk meletakkan aliran pada arah penurunan.

Garisan biru=sokongan
Harga emas dalam carta mingguan atas kekal menurun dengan penuh dalam Ichimoku cloud.Harga sedang berada bawah tenjan-san dan tidak berjaya untuk ditutup diatasnya untuk 10 minggu yang lepas.Tenkan-sen rintangan mingguan sekarang adalah pada $1,235.Maka,penutupan mingguan atas tahap ini boleh menolak harga emas ke arah $1,265.Secara amnya,aliran kekal menurun dan penembusan bawah sokongan $1,180 dimana dasar tiga kali ganda sedang terbentuk,sudah tentu akan menolak harga lebih rendah ke arah $1,050.Kesimpulannya,saya akan kekal menurun dalam jangka masa panjang untuk emas.