Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 29 Oktober, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-29T04:55:11

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Oktober, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Oktober, 2014

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:


Carta 4H disini menunjukkan bahawa Emas masih berpotensi untuk jatuh ke arah harga $ 1,210.00 sebelum memulakan aliran menurun. Seperti yang dapat diperhatikan di sini, tahap $ 1,210.00 adalah merupakan fibonacci 0.618 yang menyokong kenaikkan harga diantara harga $ 1,183 dan $ 1,255.00. Selain itu ia juga adalah merupakan lanjutan dari penurunan harga daripada harga $ 1,255.00 ke tahap $ 1,225.00/26.00. Sokongan dilihat terletak pada harga $ 1,205.00, dan diikuti dengan tahap $ 1,183.00. Manakala rintangan pula didapati terletak pada harga$ 1,255.00 (interim), diikuti dengan tahap $ 1,275.00 dan lebih tinggi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang membeli berhampiran pada tahap $ 1,210.00 sebagai strategi perdagangan yang selamat. Sementara itu, Emas dijangkakan akan berhadapan dengan rintangan disekitar $ 1,240.00, jika aliran menaik diwujudkan dari tahap harga semasa. Strategi perdagangan agresif mencadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan menjual pada tahap tersebut. ($ 1,240.00).


Cadangan Perdagangan:

Ambil pesanan menjual berhampiran pada tahap $1,240.00 sekiranya Emas melonjak naik daripada tahap semasa, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di atas tahap $1,255.00, dan sasaran pada tahap $1,210.00. ATAU mula mengambil pesanan membeli sejurus selepas urusniaga harga rendah pada tahap $1,210.00.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...