Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 31 Oktober, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-10-31T13:16:34

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 31 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 31 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh selepas mencecah tahap tinggi tiga minggu 0.9613 pada hari Khamis. Sentimen CHF didorong barometer ekonomi KOF Switzerland yang lebih kukuh pada bulan Oktober berbanding jangkaan ekonomi yang mengunjurkan 99.8 (berbanding ramalan 98.2). Pasangan mata wang USD/CHF ini juga telah disokong oleh permintaan franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah. Walau bagaimanapun, aliran penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF telah dihadkan ekoran daripada sentimen USD yang positif, dasar kewangan dovish oleh Bank Negara Swiss dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun stokastik kini telah beralhi kepada mod kenaikkan harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9650 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9680. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9515. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9480. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9565.

Tahap Rintangan:
0.9650
0.9680
0.9710

Tahap Sokongan:

0.9515
0.9480
0.9450

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...