Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD kelihatan masih mencari tekanan penurunan harga yang kuat pada tahap 1.6146, kerana pasangan ini telah membentuk beberapa fraktal pada kawasan tersebut. Kini, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang mengukuh di bawah tahap harga 1.6046 dan sasaran yang seterusnya dalam dagangan jangka masa sederhana, ia akan menjadi tahap sokongan dari 1.5883. Adalah perlu diingatkan kepada para pedagang bahawa tahap ini adalah sangat kuat dan aliran penurunan harga telah menjadi lebih perlahan untuk pasangan GBP/USD. Penunjuk MACD kini sedang memasuki zon terlebih beli.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.6046/1.6146
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5883/1.5746

Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat lantunan semula harga menuju ke arah tahap 1.5950, kawasan yang yang telah menyebabkan pasangan ini melakukan pelbagai pergerakan di dalam carta 1H. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan membuat penarikan semula kenaikkan harga ke tahap rintangan yang terletak pada harga 1.6031. Tetapi pasangan ini masih berpotensi untuk menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.5980 dan kemudian jatuh ke tahap 1.5925. Penunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif, yang cenderung kepada penyelesaian penarikan semula kenaikkan harga di dalam carta ini.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.6031 / 1.6075
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5980 / 1.5925

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5980, take profit di tahap 1.5925, dan stop loss pada tahap 1.6035.