Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 03 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-03T09:24:11

Analisis Teknikal #USDX untuk 03 November, 2014


Indeks Dolar kekal didagangkan dalam aliran menaik yang kuat dan harga telah menembusi seperti yang diharapkan ke arah tahap tinggi baru. Corak kenaikkan harga flag yang saya sebutkan pada beberapa minggu yang lalu sedang berjalan mengikut perancangan dan ia perlu dibawa indeks dolar menuju ke arah tahap 91. Kekuatan pada mata wang Dollar adalah jelas dan penarikan semula hargaa harus dianggap sebagai peluang membeli. 


Analisis Teknikal #USDX untuk 03 November, 2014

Indeks Dolar kekal didagangkan dalam aliran menaik yang kuat pada carta dagangan jangka pendek seperti di atas. Harga kini berada di atas Ichimoku cloud dan kesemua cloud indicators kekal memihak kepada aliran menaik. Sokongan jangka pendek didapati tereltak pada tahap 86.75 dan pada 86.25. Penarikan semula harga ke arah tahap 86.75 tidak boleh berlaku kerana ini adalah merupakan tahap tinggi sebelumnya. Oleh yang demikian ,setelah indeks dolar membuat penembusan harga baru pada tahap lebih tinggi, kita akan dapat melihat Indeks dolar menguji kawasan penembusan harga yang terdahulu.

Analisis Teknikal #USDX untuk 03 November, 2014

Garisan oren = penembusan tahap tinggi sebelumnya


Indeks Dolar masih didagangkan dalam aliran menaik sepenuhnya di dalam carta harian. Corak kenaikkan harga falg kini sedang berlangsung dan saya menjangkakan bahawa aliran harga jangka panjang akan kekal mengukuh sekalgis menolak indeks menuju ke arah sasaran yang terletak pada tahap 91. Ujian semula pada kawasan penembusan harga dan pada tahap tinggi sebelumnya iaitu pada tahap 86.75 adalah berpotensi dan para pedagang harus mengambil pesanan membeli.Stop loss untuk pesanan membeli harus ditetapkan pada harga 85 sekiranya penembusan harga pada tahap tinggi baru adalah palsu. Saya menyatakan kerangkalian yang kecil atau langsung tiada untuk senario ini tetapi dalam apa jua kes kita harus melindungi kedudukan anda.



Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...