Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-05T04:28:29

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 November, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan didagangkan stabil dengan risiko cenderung terhadap aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan  mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 86.95 berbanding 87.29 awal hari ini) setelah bacaan dalam laporan defisit perdagangan AS mencatatkan jumlah yang lebih besar berbanding ramalan iaitu sebanyak $ 43.03 bilion (berbanding ramalan $ 40.6 bilion defisit), penurunan mendadak dalam Indeks perniagaan semasa ISM-NY Amerika Syarikat kepada 54.8 pada bulan Oktober berbanding 63.7 pada bulan September; kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah  (10 tahun mencatatkan 2.335% berbanding% 2.346% lewat hari Isnin), selera risiko pelabur yang semakin berkuruang (tolok ketakutan VIX meningkat 1.09% kepada 14.89, S&P 500 ditutup 0.28% lebih rendah 2,012.1 pada semalam) ekoran langkah berjaga-jaga peserta pasaran menjelang pengumuman keputusan laporan gaji bukan perladangan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat, Suruhanjaya Eropah menurunkan ramalan pertumbuhan KDNK untuk zon euro, dan harga minyak mencapai paras terendah tiga tahun - melanjutkan lagi kerugian dari hari Isnin selepas Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan harga jualan untuk minyak mentah ke AS - mengukuhkan jangkaan bahawa inflasi akan kekal melemah. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh Penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, sentimen USD tenang dengan kenaikan Indeks Keyakinan Ekonomi IBD/Tipp AS kepada 46.4 pada bulan November daripada 45.2 pada bulan Oktober. Kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY adalah disebabkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan sentimen yen yang melemah selepas Bank of Japan membuat pengumuman tidak dijangka mengenai rangsangan baru pada hari Jumaat.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik,  Moving averages 5 dan 15 hari kian meningkat, bagaimanapun stokastik kini telah berubah kepada aliran penurunan harga pada zon terlebih beli, corak inside-day-range telah selesai pada hari Selasa.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 115.70. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 112.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 111.45. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 112.85.

Tahap Rintangan:
114.70
115.70
116

Tahap Sokongan:
112.30
111.45
111

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...