
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini masih didagangkan diantara kawasan 1.5990 dan 1.5897. Para pedagang harus diingatkan bahawa tahap 1.5897 dan 1.5868 akan mewakili sokongan mingguan 1 dan double bottom di dalam carta 1H. Oleh yang demikian, rintangan telah ditetapkan pada tahap 1.5988 (tahap penarikan semula Fibonacci 38.2%). Oleh itu, ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.5988 dengan sasaran pertama ditetapkan pada harga 1.5900, ia akan memanggil aliran menurun bagi membolehkan pasangan ini meneruskan pergerakan menurun ke arah 1.5868 untuk menguji double bottom. Pada masa yang sama, stop loss perlu diletakkan pada tahap 1.6039 (di atas titik pangsi mingguan). Sementara itu, sokongan akan ditetapkan di sekitar tahap 1.5800; dan kemudian ambil pesanan membeli di atas tahap 1.58 (jika aliran harga gagal menutup bawahnya) dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.5866 pada hari-hari yang akan datang.
Pemerhatian:
- Rintangan akan ditetapkan pada tahap 1.5988 hari ini.
- Double bottom akan ditetapkan pada harga 1.5868.
- Kawasan 1.5988 adalah merupakan tahap yang terbaik untuk menjual dalam dagangan jangka masa panjang.
- Kami menjangkakan julat 87 pips pada 6 November 2014.
- Perlu diingatkan bahawa jika tidak terdapat sebarang berita penting untuk mempengaruhi, harga pasaran akan bergerak dari titik pangsi menuju ke arah rintangan 1 atau sokongan 1. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat berita penting untuk mempengaruhi pasaran, harga berpotensi untuk bergerak terus melalui rintangan 1 atau sokongan 1 dan mungkin juga mencapai rintangan 2 atau sokongan 2 dan bahkan rintangan 3 atau sokongan 3.