EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah dapat menembusi sasaran mingguan kami yang terletak pada tahap 1.2450. Harga walaupun telah menjunam jauh di bawah tahap itu, karena stamina yang berterusan pada mata wang USD. Harga kini dilihat sedang mensasarkan pergerakkan ke arah garisan sokongan pada tahap 1.2350, yang mungkin akan ditembusi pada hari ini atau awal minggu hadapan.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah dapat menembusi sasaran mingguan kami pada tahap 0.3700. Bahkan, harga telah menembusi pada tahao tersebut, karena stamina yang berterusan pada mata wang USD. Harga kini dilihat sedang mensasarkan pergerakkan ke arah tahap rintangan pada 0.9750, yang mungkin akan ditembusi pada hari ini atau awal minggu hadapan.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini juga sedang didagangkan dalam pasaran penurunan harga, dengan penurunan 180 pips setakat minggu ini. Harga kini sedang didagangkan di bawah wilayah pengedaran pada tahap 1.5850, yang mana ia akan menuju ke wilayah pengumpulan pada tahap 1.5800.

USD/JPY: Masih terdapat Corak Pengesahan Aliran Menaik di dalam pasaran ini, sebagaimana mata wang dolar AS terus mengekalkan kekuatannya. Harga berkemungkinan akan berakhir dengan ujian harga pada tahap bekalan 115.50 sekali lagi: walaupun risiko penarikan semula harga adalah sangat tinggi pada masa ini, untuk pasaran yang sudah dalam keadaan terlebih beli.

EUR/JPY: Kelihatan terdapat sedikit penarikan semula harga di dalam pasaran, walaupun kecenderungan harga secara keseluruhanya masih memihak kepada aliran menaik. EMA 11 kini berada di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di atas tahap 50. Sekiranya tempoh RSI 14 menembusi di bawah tahap 50, maka kecenderungan penurunan harga akan berada di bawah ancaman.
