_source!.png)
Gambaran Keseluruhan Pasaran
Pada hari Jumaat sepanjang sesi Eropah pasangan matawang USD/CAD telah berdagang dalam pergerakan menaik dan harga mencapai tahap rintangan 0.9935 (beberapa pip melebihi 50 EMA). Sepanjang sesi New York pasangan matawang USD/CAD mula menolak dalam mood menurun dan harga mencapai kerendahan 5 hari yang baru pada tahap 0.9872.Pasangan matawang major menghabiskan sesi New York pada hari Jumaat di 0.9905.Hari ini dalam sesi Asia kita boleh melihat mood menaik yang sedikit dan pasangan matawang USD/CAD mencapaitahap ketinggian harian yang baru 0.9929. Hari ini pasangan matawang USD/CAD dijangka untuk mencuba tahap 0.9950. Juga adalah perlu untuk mengambil kira data berkenaan dengan Baki Bajet Persekutuan USD yang boleh memberi kesan kepada kadar pasangan .
Tahap Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.9845 (S2) 0.9868 (S1) 0.9882 (PP) 0.9904 (R1) 0.9927 (R2) 0.9941 (R3) 0.9963
USD/CAD Analisa Gelombang Elliott
Pasangan matawang USD/CAD telah menghabiskan gelombang b lebih besar gelombang A dalam 0.9872. Kini kita boleh perhatikan gelombang desakan 5 dakam gelombang akhir C. Mengikut peraturan gelombang kita dan mengambi kira bahawa gelombang C adalah bersamaan dengan gelombang A kita boleh nyatakan sasaran berpotensi dengan bantuan Fibonacci extension (0.9842-1.0027-0.9872) dengan Take Profit pertama pada tahap 0.9985(61.8% gelombang a) dan Take Profit kedua di 1.0016 (78.6% gelombang a). Untuk Stop Loss kita boleh gunakan tahap sokongan 0.9870.
Ramalan Perdagangan
Berikutan dari Peraturan Gelombang Elliott, hari ini trend dijangka untuk mula bergerak menaik. Kerana itulah posisi beli pada tahap 0.9935 dengan Stop Loss di 0.9870, Take Profit di 0.9985 dan Take Profit 2 di 1.0016 dicadangkan