
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan telah melnatun daripada harga $ 15,00 hari Jumaat dan ditutup berhampiran pada tahap tinggi harian, iaitu pada $ 15,75, menghasilkan corak 'morning star' di dalam gambaran carta harian. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli Perak dan juga mengambil pesanan membeli yang seterusnya semasa urusniaga harga rendah. Rintangan bagi komoditi ini dilihat terletak pada harga $ 16,20, dan diikuti masing-masing dengan harga $ 17,40, $ 17,80/18,00. Manakala sokongan pula dilihat terletak pada harga $ 15.00. Aliran mneiak diramalkan akan mensasarkan pergerakkan ke arah tahap $ 16,20 sebagai sasaran segera sebelum harga ditarik kembali. Para pedagang juga diingatkan bahawa $ 16,20/25 adalah merupakan tahap rintangan fibonacci 0.382 untuk aliran penurunan harga di antara tahap $ 17,50 dan $ 15,00. Penembusan harga pada tahap rintangan $ 16,20, akan membolehkan pesanan membeli Perak yang selanjutnya semasa urusniaga harga rendag berhampiran pada tahap $ 15,50.
Cadangan Perdagangan:
Para pedagang disarankan agar kekal membeli Perak pada masa ini. Stop Loss kini ditetapkan pada harga $14.75.
Semoga berjaya!