Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Gelombang Emas untuk 10 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-10T09:22:57

Analisis Gelombang Emas untuk 10 November, 2014

Harga emas dilihat telah membuat pembalikan aliran menaik yang tajam pada hari Jumaat seperti yang diramalkan dalam analisis kami sebelum ini di mana harga mensasarkan dagangan jangka pendek pada harga $ 1,170- $ 1,180. Lantunan harga ini telah dijangkakan sejak minggu lalu sebagaimana rangkaian dari 5 gelombang menurun telah selesai pada harga $ 1,130. Lantunan harga kini bersifat pembetulan dan sebaik sahaja pembetulan kenaikkan harga ini berakhir, maka kita harus melihat aliran penurunan harga semula menuju ke arah sasaran jangka panjang kami yang terletak pada harga $ 1.050.

Analisis Gelombang Emas untuk 10 November, 2014

Merujuk pada Ichimoku cloud, aliran harga bagi komoditi ini masih lagi berada di dalam aliran penurunan harga di bawah Ichimoku cloud walaupun ia telah ditembusi di atas Kijun-sen dan Tenkan-sen. Berdasarkan pada gelombang Elliott pula, lantunan menauk harus terdiri daripada 3 gelombang seperti ini diharapkan dapat menjadi lantunan pembetulan harga terhadap arah aliran menurun jangka panjang. Lantunan harga ini diramalkan akan menjadi satu lagi peluang untuk para pedagang menjual emas.


Analisis Gelombang Emas untuk 10 November, 2014


Harga emas adalah mengukuh berhampiran pada tahap tinggi sebagaimana yang dapat diperhatikan pada carta jangka pendek di atas. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada harga $ 1,169, manakala rintangan jangka pendek pula berada pada harga $ 1,178. Penembusan harga pada mana-mana tahap ini akan memberikan satu lagi pergerakkan menaik menuju ke arah harga $ 1,150 atau $ 1,195. Pembentukan aliran kenaikan dari tahap rendah $ 1,130 kelihatan belum selesai. Saya percaya kita boleh melihat pergerakkan harga yang lebih tinggi ke arah $ 1,195- $ 1,200 di mana rintangan mingguan dalam harga Emas telah ditetapkan. Ujian semula harga pada penembusan terdahulu adalah sesuatu yang kita dijangkakan. Gambaran jangka panjang saya masih memihak kepada aliran penurunan harga dengan sasaran terletak pada harga $ 1,050.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...