Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Gelombang Emas untuk 11 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-11T08:50:02

Analisis Gelombang Emas untuk 11 November, 2014

Harga emas dilihat telah menembusi sokongan jangka pendek yang terletak pada tahap $ 1,169 dan kemudianya menolak harga ke tahap lebih rendah tetapi lebih dalam daripada yang dijangkakan. Ini menandakan bahawa keseluruhan lantunan menaik berkemungkinan besar akan berakhir dan selesai pada harga $ 1,178 sebagaimana penurunan harga dapat dilihat sebagai penurunan gelombang impulsif 5 ke tahap $ 1,146. Saya kekal memihak kepada aliran menaik untuk dagangan jangka panjang yang akan mensasarkan emas ke tahap $ 1,050.

Analisis Gelombang Emas untuk 11 November, 2014



Selepas harga menjunam daripada tahap $ 1,178 hingga $ 1,146, maka kita harus menjangkakan emas akan melantun ke arah harga $ 1,158 atau ke arah $ 1,166. Ini akan menjadi kesempatan terbaik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan tahap $ 1,178 sebagai stop loss. Harga emas masih didagangkan di dalam aliran menurun jangka panjang dan saya kini sedang mencari peluang untuk mengambil pesanan menjual.

Analisis Gelombang Emas untuk 11 November, 2014

Sekiranya harga Emas berjaya menembusi di atas tahap $ 1.178, maka adalah diramalkan bahawa harga emas akan mencecah sekurang-kurangnya ke tahap $ 1,195 jika tidak pada tahap $ 1,210. Harga emas kini sedang didagangkan di bawah Ichimoku cloud, aliran pasaran emas masih berada dalam penurunan harga. Rintangan utama bagi komoditi berharga ini dilihat terletak pada tahap $ 1,162 dan $ 1,171. Sokongan pula didapati berada pada harga $ 1,146 dan $ 1,130. Saya kekal dengan aliran penurunan harga bagi dagangan jangka panjang dan kini sedang mencari peluang untuk menjual. Jika harga melantun ke tahap $ 1,156 atau $ 1,160, maka saya menjangkakan akan mengambil pesanan menjual dengan tahap $ 1,178 ditetapkan sebagai stop loss.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...