Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/USD untuk 17 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-17T04:03:52

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/USD untuk 17 November, 2014


Mata wang Pound menyaksikan kejatuhan yang besar dalam tempoh 5 minggu. Pound jatuh ke paras rendah 14 bulan baru berbanding dolar AS. Pencetus utama bagi kejatuhan mata wang pound adalah inflasi. Esok, laporan inflasi akan menentukan nasib bagi pasangan mata wang ini. Kelewatan kenaikan faedah UK akan meletakkan tekanan ke atas pound. Isnin lalu, kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan jualan baru di bawah tahap 1.5750 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.5620 dan 1.5500. Kami kini sedang memperluaskan sasaran ke tahap yang lebih rendah ke arah 1.5450 dan 1.5430. Pasangan ini cenderung memihak kepada pesanan menjual. Mata wang pound mempunyai rintangan yang kuat diantara tahap 1.6227 dan 1.6183. Gunakan setiap kenaikan untuk mengambil pesanan menjual, sehingga harga menutup di atas ini tahap rintangan ini. Rintangan bulanan kelihatan terletak pada tahap  1.6030 atau 50M sma. Pasangan ini mempunyai rintangan mingguan pada 1.5800, di atas tahap ini, kita boleh meramalkan tahap 1.5875 dan 1.6025.


Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/USD untuk 17 November, 2014

Hari ini, pasangan telah memulakan dagangan diatas penutupan harga sebelumnya, menunjukkan beberapa isyarat penarikan semula harga ke arah tahap 1.5712 dan 1.5750. Dari sudut pandangan carta setiap jam, pasangan ini didapati mempunyai sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 1.5690, 1.5658, dan 1.5630. Tahap rintangan terletak pada tahap 1.5770 dan 1.5800. Pasangan kini sedang melanjutkan aliran penurunan harga ke tahap lebih rendah dengan bahagian atas yang dihadkan pada 1.6020. Kami mencadangkan kepada para pedagang untuk menjual pada setiap kenaikan atau menjual di bawah 1.5680. Pada sesi dagangan yang lalu, pasangan ini telah menembusi sokongan dari saluran sokongan. Panik akan dicetuskan di bawah 1.5630.


Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/USD untuk 17 November, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...