
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah yang mana ia telah terjejas akibat daripada kelemahan mata wang dolar yang semakin meningkat (Indeks dolar spot ICE terdahulu mencatatkan 87.59 berbanding 87.77 awal Jumaat) sebagaimana kadar hasil Perbendaharaan AS mencatatkan penurunan (10 tahun pada 2.320% berbanding 2.345% lewat Khamis) selepas indeks harga import AS menurun 1.3% pada bulanan bagi bulan Oktober (berbanding ramalan penurunan 1.2%) untuk penurunan bulanan terbesar dalam tempoh lebih dua tahun, manakala kajian Universiti Michigan pula menunjukkan jangkaan inflasi yang meliputi lima hingga 10 tahun akan datang jatuh dari 2.8% kepada 2.6%, paras terendah sejak tahun 2009, permintaan franc sewaktu pasangan CHF/JPY memberangsangkan dan permintaan bagi mata wang franc sewaktu pasangan GBP/CHF dan EUR/CHF melemah (kemudianya berakhir pada 1.2012, berada hanya di atas tahap kritikal 1.2000). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF telah diganggu akibat daripada dasar monetari yang dovish oleh Bank Negara Swiss.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana penurunan harga bercorak 'outside-day-range' telah seleasi pada hari Jumaat. MACD dan Stokastik kini berada di dalam aliran penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9675 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.970. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9580. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9540. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9610.
Tahap Rintangan:
0.9675
0.97
0.9740
Tahap Sokongan:
0.9580
0.9540
0.95