Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-19T14:58:23

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 November, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 November, 2014Analisis Teknikal USD/CHF untuk 19 November, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana peserta pasaran kini sedang menanti minit mesyuarat FOMC bagi bulan Oktober (dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 1900 GMT) untuk maklumat tinjauan jawatankuasa dasar monetari mengenai kesihatan ekonomi AS dan kadar Rizab Persekutuan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah terjejas ekoran daripada penularan kekuatan mata wang euro pada Franc Switzerland dan permintaan franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF telah didorong oleh dasar kewangan Bank Negara Swiss yang 'dovish'.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini jatuh dibawah purata pergerakkan 15 hari.

Cadangan Perdagangan: 
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9555. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9555. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9620. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9655 dan sasaran kedua pada tahap 0.9690.

Tahap Rintangan:
0.9655
0.9690
0.9740

Tahap Sokongan:
0.9555
0.9515
0.9785

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...