Mata wang Pound dilihat telah berjaya mendapat keuntungan kecil selepas keputusan penting hari ini dikeluarkan. Jualan runcit UK bagi bulan Oktober meningkat semula dengan kukuh. Jumlah jualan meningkat sebanyak 0.8%, didorong oleh pembelian perabot. Manakala, di Amerika Syarikat, data CPI telah menepati ramalan, data tolok perkilangan Philadelphia menunjukkan peningkatan dan laporan pengangguran didakwa hampir tidak berubah. Pulangan mingguan berpaling kepada positif selepas merekodkan penurunan sebanyak 4 minggu berturut-turut. Sewaktu sesi perdagangan semalam, mata wang pound telah ditolak pada 50hrsma. Pasangan ini telah didagangkan dalam julat harga yang kecil antara 1.5736 dan 1.5590. Sekiranya cartalilin setiap jam menutup di atas 1.5740, pasnagan ini berkemungkinan akan menguji tahap 1.5760 dan 1.5800. harga kini sedang didagangkan dan telah menutup di atas 12ema dan 34hrsma. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru di bawah 1.5660. Penembusan harga sebelah sama ada daripada julat dagangan yang ketat akan memberi ruang sebanyak 100 atau 140 pips untuk urusniaga harian. Sekiranya penutupan harian menutup di bawah tahap 1.5590, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melanjutkan aliran menurun ke arah tahap 1.5460, 1.5450, dan 1.5430. Harga dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada 1.5590, oleh yang demikian kita boleh menyifatkan ia sebagai 'double bottom' kecil. Harga kini sedang membuat tahap rendah dalam carta setiap jam.
