

Huraian:
Berdasarkan pada analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang kita jangkakan, harga pasangan ini telah ditolak daripada tahap 1.6035 dan menguji pada tahap 1.5641. Menurut pada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat jumlah bekalan yang ultra tinggi (klimaks menjual), yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan menjual EUR/NZD pada harga ini kelihatan sangat berisiko dan kita berkemungkinan akan dapat melihat fasa penyerapan harga yang berpotensi. Menurut carta masa 4H, kami mendapati bahawa terdapat fasa pembetulan kenaikkan harga. Saya telah menetepakan Penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap rintangan yang berpotensi dan penarikan semula Fibonacci 38.2% dilihat terletak pada harga 1.5790 dan Penarikan semula Fibonacci 61.8% berada pada harga 1.5885. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.5820, maka kita akan mempunyai jumlah penyerapan. Bagaimanapun, jika kita gagal untuk melihat jumlah penyerapan. Jika kita melihat reaksi harga yang lebih ketara dari penjual dan kesinambungan aliran menurun, maka stesen penurunan harga yang seterusnya akan berada di sekitar harga 1.5515.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5896
R2: 1.5971
R3: 1.6092
Tahap Sokongan:
S1: 1.5654
S2: 1.5579
S3: 1.5458
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menjual pasangan EUR/NZD sebagaimana kita telah mempuyai klimak jualan yang kuat sebelum ini.