Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-26T02:51:42

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2014

Mata wang Pound kini dilihat telah melanjutkan fasa pengukuhan di antara tahap 1.5590 dan 1.5737. Sehingga kini, pasangan mata wang ini telah membuat 'triple top' pada harga 1.5537. Jular perdagangan terletak di antara 1.5590 dan 1.5737. Sebagaimana kini, pasangan mata wang ini telah gagal untuk menembusi pada tahap tinggi sebelumnya pada hari ini. Data AS yang bercampur-campur telah menolak dolar AS ke tahap yang lebih rendah berbanding dengan kebanyakan pasangan mata wang utama lain. Laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang lemah, walau bagaimanapun KDNK berkembang lebih daripada ramalan pada suku ke-3. Dolar AS tidak bertindak balas kepada data KDNK yang positif. Mungkin ini adalah merupakan satu kebimbangan bagi kenaikkan harga dagangan jangka pendek. Sebagaimana kini, di dalam carta mingguan, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk 'double bottom' pada harga 1.5590. Sekiranya mata wang Pound mengukuh pada tahap 1.5590, maka 'double bottom' berkemungkinan akan bertukar menjadi 'triple bottom' di dalam carta mingguan. Jika ini berlaku, kita boleh menjangkakan beberapa lantunan teknikal ke arah 1.5810 dan 1.5880. Hari ini, tumpuan para pedagng telah beralih kepada pengumuman laporan pesanan barangan tahan lama AS, penghantaran peribadi, dan indeks harga PCE. Di UK, anngaran data KDNK kedua akan memberikan gambaran yang jelas. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 1.5740 dengan sasaran ditetapkan pada 1.5770, 1.5800, 1.5850, dan 1.5880. Kami mengesyorkan anda untuk menjual di bawah tahap 1.5670 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.5640 dan 1.5630. Jika pasangan ini jatuh di bawah tahap 1.5630, maka harapan kenaikkan harga terakhir akan terletak pada 1.5590. Di bawah tahap ini, panik akan kelihatan untuk 100 atau 150 pips pada tahap lebih rendah. Berdasarkan pada carta setiap jam, kita dapat melihat kesinambungan segitiga simetri. Ketinggian segitiga ialah 147 pips.



Dagangan: Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.5740


 Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2014

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...