Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 27 November, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-11-27T09:40:59

Analisis Teknikal #USDX untuk 27 November, 2014

Indeks Dollar terus didagangkan di dalam saluran mendatar. Kadar harga kekal didagangkan diatas sokongan cloud dan saya percaya bahawa harga kini sedang berada di persimpangan yang kritikal. Aliran kenaikan harga perlu meningkat kini bagi membolehkan harga bergerak ke tahap tinggi baru. Sehingga kini, aliran penurunan harga telah berjaya menolak indeks kembali berdagang di bawah tahap 88 setiap kali ia menembusi pada tahap yang lebih tinggi.

Analisis Teknikal #USDX untuk 27 November, 2014

Garisan hitam = saluran harga


Indeks Dollar kini mempunyai sokongan jangka pendek pada tahap 87.50. Harga kini dilihat sedang menguji awan Ichimoku dan berjaya menutup di atas tahap tersebut. Rintangan bagi Indeks Dolar didapati terletak pada tahap 88 dan 88.35. Aliran menaik perlu menembusi sokongan tetapi juga menunjukkan beberapa tanda-tanda kekuatan untuk memulakan langkah menaik baru. Jika tidak, pergerakkan penurunan harga akan mendorong indeks ini untuk menolak ia di bawah tahap 87 akhirnya. Sokongan kritikal pada tahap 87.15, walaupun saya percaya bahawa penembusan harga di bawah tahap 87.50 akan mencukupi untuk aliran menurun.

Analisis Teknikal #USDX untuk 27 November, 2014

Carta mingguan kekal menaik mengikut terma Ichimoku bagaimanapun cartalilin mingguan kini dilihat sedang menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga. Penutupan harga setiap minggu di bawah tahap 87 akan menjadi sangat lemah, manakala penutupan mingguan di atas tahap 88.20 dan menghampiri ke tahap 88.40 untuk menyokong senario aliran menaik dan sasaran kami di tahap 91 daripada kedua-dua flag menaik.



Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...