Indeks Dollar dilihat telah membuat satu lagi penembusan harga di atas julat dagangan mendatar. Awal hari ini, harga telah ditarik kembali untuk mengesahkan penembusan harga ini. Indeks dolar didagangkan dalam aliran menaik sebagaimana selagi harga didagangkan di atas tahap 87.50, manakala sokongan jangka pendek didapati berada pada tahap 88.

Garisan Hitam-Julat dagangan
Indeks Dollar dilihat telah menembusi julat dagangan pada hari Jumaat yang lalu, bagaimanapun pada hari ini harga telah ditarik kembali ke arah sokongan Ichimoku cloud di tahap 88.10-88. Penembusan cloud di dalam carta 4-jam akan menjadi isyarat positif sebaik sahaja harga menguji sokongan cloud. Sokongan kritikal dagangan jangka pendek yang terletak pada tahap 87.80 adalah merupakan sempadan cloud lebih rendah.

Penutupan mingguan pada minggu lalu adalah merupakan petanda kenaikkan harga. Cartalilin mingguan dengan penurunan harga yang ketara telah menyatakan bahawa pembeli menyokong indeks Dolar di bawah tahap 88. Walaupun kita memulakan dagangan pada minggu dengan aliran menurun, saya percaya bahawa indeks Dolar akan berakhir lebih kuat pada minggu ini daripada ia bermula. Sasaran menaik flag kekal terletak pada tahap 91. Saya masih kekal memihak kepada aliran menaik.