
Rumusan Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah menembusi pada tahap 148.15 (berada hanya di bawah sasaran ideal pada tahap 148.25) sebelum harga beralih ke tahap yang lebih rendah. Kami kini sedang mencari penembusan harga di bawah sokongan 147.29 bagi mengesahkan bahagian atas dan penurunan seterusnya ke arah 146.29 dan 145.58 kini sedang berlangsung ke tahap yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 144.77 dan mungkin juga lebih rendah ke tahap 142.05 dalam tempoh yang lebih lama. Pada ketika ini, hanya penembusan harga di atas tahap 148.15 akan melambatkan tekanan penurunan yang dijangkakan, bagaimanapun potensi kenaikkan harga berkemungkinan akan dihadkan daripada tahap ini.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah menjual EUR pada tahap 148.10 dengan menetapkan kedudukan Stop pada tahap 148.30. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk menjual dibawah tahap 147.08 dengan kedudukan Stop Loss yang sama, iaitu pada tahap 148.30.