
Huraian:
Berdasarkan pada carta 4H hari ini, perak dilihat telah gagal untuk menembusi tahap sokongan yang terletak pada 16.00 untuk melantun semula daripada tahap tersebut pada hari semalam dan ia telah didagangkan diantara tahap sokongan dan rintangan 16.50. Kini, perak sedang bergerak menghampiri rintangan di tahap 16.50. Oleh yang demikian, para pedagang disarankan agar menunggu sehingga harga menutup diatas pada tahap rintangan 16.50. Memandangkan bahawa komoditi ini telah berjaya menutup di atas 4H ini, maka ia telah memberikan kita satu peluang yang baik bagi isyarat kenaikkan harga di atas tahap tersebut dengan sasaran pertama berada beberapa pips di bawah tahap rintangan 16.75, dan seterusnya sasaran kedua terletak pada tahap 17.00 selepas harga mnemebusi tahap Sokongan ini. Walau bagaimanapun, selagi perak masih didagangkan di bawah 16.50, maka saya lebih gemar untuk mencadangkan kepada para pedagang agar menunggu dan membatalkan senario aliran menaik.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3(17.00), R2(16.75), R1(16.50), S1(16.00), S2(15.70), S3(15.40)