Emas kini didagangkan di bawah tekanan ekoran data AS yang mengukuh sewaktu sesi dagangan semalam. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada laporan ekonomi perubahan pengangguran ADP bukan perladangan AS, PMI bukan pembuatan ISM dan juga sidang akhbar ECB. Merujuk pada data semalam, bacaan bagi data perbelanjaan pembinaan AS telah mengalahkan jumlah anggaran, sekaligus merekodkan keuntungan terbesar dalam tempoh 5 bulan. Sekiranya data AS mencatatkan bacaan positif sekali lagi, maka emas berkemungkinan akan menjunam ke tahap lebih rendah lagi. Komoditi ini mempunyai rintangan yang terletak pada harga $ 1,202.50.Kami mengesyorkan pembelian berisiko diatas harga $ 1,200.50 dan pembelian selamat pada harga $ 1,203.00 untuk mensasarkan harga ke tahap $ 1,207.00. Emas didapati mempunyai sokongan urusniaga harian yang masing-masing terletak pada harga $ 1,191.00 dan $ 1,188.00. Kita dapat memerhatikan tekanan jualan di bawah harga $ 1,1880.00 sehingga ke tahap $ 1,182.00, $ 1,180.00 dan $ 1,172.00. Gambaran keseluruhan perdagangan emas tidak begitu baik. Sewaktu sesi dagangan semalam, cadangan jualan kami telah memberikan keuntungan yang baik. Rintangan mingguan wujud pada harga $ 1,236.00, di atas ini, $ 1,255.00 adalah merupakan rintangan mingguan yang selanjutnya. Manakala tahap rintangan bulanan didapati terletak pada tahap $ 1,275.00.
